Carian Buku


Isnin - Jumaat:

8.00 pagi - 5.00 petang

Sabtu, Ahad dan Cuti Umum

Tutup


KEMASKINI
23 Jun 2020
Maklumat Korporat

Perpustakaan Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia (IPKKM) ditubuhkan dalam tahun 1960 dan berada di bawah seliaan Bahagian Khidmat Pengurusan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Perpustakaan IPKKM juga bertanggungjawab untuk memberi perkhidmatan maklumat dan rujukan serta membina dan memulihara koleksi mengenai kesihatan dan perubatan seperti penjagaan kesihatan, kesihatan keluarga, kawalan mutu makanan, perkhidmatan kesihatan, pendidikan kesihatan, penyelidikan dan teknologi maklumat kesihatan, mengendalikan latihan asas pengurusan perpustakaan perubatan dan penyediaan perkhidmatan kesedaran semasa untuk pegawai dan kakitangan KKM.

Perpustakaan IPKKM juga bertanggungjawab menyelaras dan memantau perkembangan dan perkhidmatan ke atas 104 lagi perpustakaan perubatan di bawah KKM.

Objektif

Objektif Perpustakaan IPKMM adalah seperti berikut:

  • Membangunkan koleksi sumber maklumat keilmuan di bidang kesihatan, perubatan dan bidang berkaitan melalui pengurusan maklumat yang sistematik dan berkesan
  • Menyediakan perkhidmatan dan kemudahan Perpustakaan bagi menyokong organisasi KKM dalam aktiviti pengubalan dasar, perancangan, penyelidikan, latihan, pembelajaran sepanjang hayat dan rekreasi minda.
  • Misi & Visi

    Misi & Visi Perpustakaan Kementerian Kesihatan adalah seperti berikut:

    • MISI
      • Menyediakan perkhidmatan maklumat dan kemudahan perpustakaan yang berkualiti bagi memenuhi keperluan dan kepuasan staf KKM dan para penyelidik dalam dan luar negara.
    • VISI
      • Perpustakaan IPKKM sebagai sebuah pusat kecemerlangan maklumat dan keilmuan dibidang kesihatan dan perubatan berhasrat memenuhi keperluan staf bagi merealisasikan aspirasi KKM.

    Mulai Jun 2010, perpustakaan ini diketuai oleh Ketua Pustakawan (S54) dengan dibantu oleh dua orang Pustakawan (S44), seorang Pustakawan (S41), seorang Penolong Pegawai Perpustakaan (S29), dua orang Pembantu Perpustakaan (S19), seorang Pembantu Tadbir Perkeranian (N19), seorang Pembantu Setiausaha (N19), seorang Juruteknik Komputer (FT19) dan seorang Pembantu Am Rendah (N11) (Carta Organisasi).

    Piagam Pelanggan

    1) Pencarian buku:

    • Online Public Access Catalog (OPAC): 3 minit
    • Manual: 5 minit

    2) Pertanyaaan Rujukan/Pencarian Artikel: Pertanyaaan rujukan atau permohonan pencarian artikel akan diberikan maklum balas dalam tempoh tiga (3) hari dari tarikh penerimaan permohonan.