Carian Buku


Isnin - Jumaat:

8.00 pagi - 5.00 petang

Sabtu, Ahad dan Cuti Umum

Tutup


KEMASKINI
23 Jun 2020
PERKHIDMATAN

Keahlian

Semua warga KKM yang ingin meminjam bahan bacaan perlu mendaftar sebagai ahli terlebih dahulu dengan mengisi Borang Keahlian yang disediakan di kaunter. Pendaftaran adalah percuma dan tempoh sah keahlian adalah selama 1 (satu) tahun dari tarikh mula mendaftar.


Sirkulasi (Peminjaman dan Pemulangan)

Perkhidmatan ini terbuka kepada warga KKM sahaja dan meliputi meliputi pendaftaran keahlian baru, pinjaman/pemulangan serta tempahan bahan untuk pinjaman.


Perkhidmatan Maklumat Elektronik

Perpustakaan KKM menyediakan perkhidmatan maklumat daripada Pangkalan Data Atas Talian yang dilanggan melalui Virtual Library seperti:

  • Access Medicine
  • ClinicalKey For Nursing
  • Emerald Insight
  • LawNet
  • OVID
  • BiblioU e-Books
  • Wiley e-Books


Perkhidmatan Rujukan dan Pencarian Maklumat/Pencarian Artikel

Perkhidmatan ini disediakan untuk membantu menyelesaikan masalah pelanggan perpustakaan terutamanya warga KKM dalam mendapatkan maklumat dan bahan bacaan yang mereka perlukan melalui pertanyaan kepada Pustakawan. Pertanyaan boleh disalurkan sama ada secara lisan atau bertulis melalui telefon, emel, surat atau datang terus berjumpa dengan Pustakawan.


WEB OPAC (Online Public Access Catalog)

Pengguna boleh mengakses ke WEB OPAC untuk memudahkan warga KKM membuat carian bahan yang terdapat di perpustakaan walau dimana berada melalui Portal Perpustakaan KKM yang juga dipautkan pada laman web KKM.


Sistem Pembekalan Penerbitan (SPP)

Perpustakaan KKM juga menawarkan perkhidmatan pinjaman antara perpustakaan melalui SPP. Melalui perkhidmatan ini warga KKM boleh meminjam bahan bacaan daripada perpustakaan lain melalui perpustakaan KKM tanpa perlu ke perpustakaan tersebut.


Program Galakan Membaca

Perpustakaan KKM meneruskan usaha menggalakkan minat membaca di kalangan warganya melalui pelbagai program galakan membaca yang dijalankan seperti kuiz, ceramah, jualan buku, program bersama kanak-kanak, mini pameran dan lain-lain lagi.


Perkhidmatan Internet dan Multimedia

Pengguna boleh mengakses Internet secara percuma melalui komputer di ruang siber.


KEMUDAHAN

Sudut IT

Sudut ini disediakan dengan kelengkapan set komputer untuk kegunaan warga KKM.


Ruang Bacaan Umum

Meja dan kerusi disediakan berdekatan rak buku yang mana pelanggan dapat melihat permandangan luar Komplek E.


Bilik Audio Visual

Bilik Audio dilengkapi dengan set sofa serta set TV dan kerusi urut elektronik untuk pengguna berehat. Bilik Audio ini juga terdapat mini rak bacaan santai.


Surau (Perempuan)

Surau terletak di dalam Perpustakaan Ibu Pejabat KKM untuk kegunaan bersama.


Bilik Mesyuarat

Kapasiti Bilik Mesyuarat Kreatif Perpustakaan Ibu Pejabat KKM adalah lebih kurang 15 orang dalam satu-satu masa. Tempahan perlu dibuat untuk penggunaan.


Fotokopi

Pengguna boleh menggunakan perkhidmatan ini dengan mengisi Borang Penggunaan Fotokopi.


MS ISO 9001:2008

DASAR KUALITI

Bahagian Khidmat Pengurusan komited untuk memberi perkhidmatan yang cemerlang serta berkualiti ke arah mempertingkatkan pengurusan pentadbiran Kementerian Kesihatan Malaysia dengan mematuhi dan meningkatkan keberkesanan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK)


PROSEDUR

  • Pemprosesan Bahan/Pengkatalogan Buku
    Objektif: Prosedur ini bertujuan memberikan garis panduan dalam pemprosesan koleksi Cawangan Sumber Maklumat di IPKKM.
  • Perkhidmatan Kaunter
    Objektif: Prosedur ini bertujuan memberikan garis panduan dalam proses perkhidmatan kaunter di Cawangan Sumber Maklumat di IPKKM.