Carian Buku


Isnin - Jumaat:

8.00 pagi - 5.00 petang

Sabtu, Ahad dan Cuti Umum

Tutup


KEMASKINI
23 Jun 2020
Koleksi Perpustakaan
Selaras dengan objektif Perpustakaan untuk membangun dan memperkukuhkan koleksi dalam bidang perubatan, Perpustakaan IPPKM mempunyai koleksi bahan yang terdiri daripada buku, tesis, akta dan laporan tahunan berkaitan bidang perubatan dan bukan perubatan. Sebagai sebuah perpustakaan perubatan, institusi ini bertanggungjawab untuk menyimpan, mendokumentasi dan memelihara koleksi utama iaitu berkaitan perubatan disamping bahan bukan perubatan untuk dijadikan sebagai sumber rujukan, penyelidikan serta pengetahuan baru pengguna.
Koleksi Monograf
Koleksi ini merupakan koleksi bahan buku daripada dalam dan luar negara yang merangkumi bahan fiksyen dan bukan fiksyen. Monograf bermaksud buku yang meliputi semua bidang perkara seperti Karya Am, Falsafah, Agama, Sains Sosial, Bahasa, Sains Jati, Teknologi, Sains Gunaan, Kesenian, Kesusasteraan, Geografi dan Sejarah.
Koleksi Terbitan Bersiri
Koleksi ini adalah merangkumi koleksi bahan maklumat yang diterbitkan secara berkala. Koleksi Terbitan Bersiri yang disediakan merangkumi semua bidang perkara. Koleksi Terbitan Bersiri yang terdapat di Perpustakaan IPKKM adalah:
  • Majalah
  • Jurnal
  • Akta / Pekeliling
  • Laporan (merangkumi pelbagai laporan terbitan KKM dan agensi luar)
Tesis Perubatan
Koleksi ini merupakan tesis pelajar dalam bidang perubatan dan farmasi di dalam bentuk hard copy dan CD. Pengunjung perpustakaan boleh menggunakan tesis ini sebagai bahan rujukan dan penyelidikan mereka terutamanya dalam bidang perubatan.